Saturday, January 17, 2009

TPM: BN terima keputusan rakyat


Barisan Nasional (BN) menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi Parlimen Kuala Terengganu yang memilih calon PAS dalam pilihanraya kecil hari ini, kata Timbalan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi. Dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat," kata beliau yang juga pengarah pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu."Kita mesti percaya kepada demokrasi dan kita harus akur dengan keputusan rakyat. Kita akan ambil iktibar dan akan terus berkhidmat kerada rakyat,"
Menurutnya, BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk mengembalikan imej parti supaya dapat memberi keyakinan kepada rakyat."Saya yakin kesudahannya rakyat akan yakin kepada BN."
."Kita ambil keputusan ini untuk menentukan hala tuju Umno dan BN."Adalah terlalu awal untuk menentukan faktor-faktor kekalahan ini. Sampai masanya, kita akan akan tahu faktornya,"
"Ini piliharaya kecil, walaupun kita kalah dahulu, tetapi akhirnya kita akan berjaya."Saya tak fikir ini akan beri kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang," tegasnya.
Nota:
Saya yakin kita akan dapat kembalikan keyakinan rakyat nanti. Kita perlu bkerja keras selepas ini.

1 comment:

  1. masih lagi dendang lagu lama, sepatutnya kesal dan kecewa atas kekelahan itu .Saya lihatlah selagi para pemimpin UMNO & BN tak kikis imej koprat mereka bila turun padang jumpa rakyat selagi itu rakyat segan dan malu mahu menghampiri mereka nah kesannya wujudlah jurang rakyat dan mereka.Bayangkan lah turut ke kampung pun pakai minyak wangi RM800.00, kasut RM3,000.00 kereta setangah juta begitu-begini mahu satu juta jumpa petani, peternak dan nelayan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Manalah mereka tak marah. Saya pemimpin UMNO Bahagian juga saya namapaklah apa pemimpin-pemimpin kita ini buat. Kaya sangat kaya ada yang billioner sedang kami ini tidak hampit-hampit habis kena kebas.

    ReplyDelete