Saturday, January 3, 2009

Dari Parlimen - 12 November 2008

Soalan 4: mengenai KTMB oleh Dato kamarudin Jaffar (PAS)

Teks penuh:Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Tumpat., kiranya jawapan saya terlalu pendek, hanya sembilan belas perkataan sahaja.

Seorang Ahli: Bagus, bagus.Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Walau bagaimanapun saya menjawab Tuan Yang di- Pertua. Kerajaan pada masa kini tiada cadangan untuk menyerahkan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada Petronas ataupun Khazanah Nasional. Terima kasih. [Ketawa]

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Tuan Yang di-Pertua…Tuan Yang di-Pertua: Pendekkan juga soalan tambahan. [Beberapa Ahli bangun]Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih. Ini soalan frust, soalan yang mana atau sebagaimana Yang Berhormat Sri Gading maklum daripada mula. Saya diberi penghormatan untuk mewakili rakyat Tumpat dan masuk sebagai Ahli di Dewan yang mulia ini, saya menganggap bukan sahaja untuk masyarakat di Pantai Timur, tetapi juga untuk seluruh negara.
Perkhidmatan pengangkutan kereta api ini amat penting bukan sahaja untuk Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu tetapi untuk Pantai Timur dan juga untuk Sabah dan Sarawak.
Jadi dengan sebab itulah, saya membangkitkan soalan ini kerana kalau kita lihat daripada belanjawan ini pun, saya hendak sebut kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Sabah, peruntukan untuk projek pembaikan kereta api negeri Sabah – RM100,000.

Jadi ini yang kita amat-amat sekali kecewa kerana pengangkutan kereta api ini adalah sungguhsungguhpenting dan mustahak.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat Tumpat, soalan tambahan Yang Berhormat, bukan berhujah.

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Jadi soalan tambahan saya adakah kementerian bersedia untuk menilai kembali perancangan masa hadapan kereta api, sistem pengangkutan kereta api, bukan sahaja dengan menumpukan kepada kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga Pantai Timur seperti juga Terengganu, seperti juga Sabah dan Sarawak.

Ini supaya di Pantai Timur ada misalnya Monsoon Road. Ini adalah sebab, tidak boleh hidup dengan Monsoon Cup bagi rakyat Terengganu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Menteri.Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Kalau untuk Sabah dan Sarawak, Trans-Borneo Road misalnya yang boleh memberikan…Tuan Yang di-Pertua: Ya, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Tumpat.Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: …suatu perkhidmatan dan suatu kebahagiaan dan suatu peluang untuk rakyat kita hidup dengan cara yang lebih baik.Tuan Yang di-Pertua: Ini Yang Berhormat, hujah. Ini soalan tambahan Yang Berhormat lebih panjang daripada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. [Dewan riuh][Ketawa]Tidak ada penyelesaian dalam soal ini.Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.Tuan Yang di-Pertua: Pendekkan lagi jawapan itu. [Ketawa]
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih juga kerana membangkitkan tentang soal kepentingan Sabah. Sebenarnya bagi Sabah bukan RM100,000. Kita dapat RM230 juta daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional. [Tepuk] Itu untuk makluman Yang Berhormat Tumpat. [Dewan riuh]

Bagi perancangan masa hadapan KTMB ini, memang itulah sebabnya KTMB ataupun kerajaan tidak berhasrat untuk menyerahkan kepada Petronas dan Khazanah Nasional. Sebabnya ialah kerana KTMB iniadalah untuk berkhidmat kepada masyarakat. Jadi kalau kita serahkan kepada Petronas, sudah tentulah Petronas ini adalah untuk mencari keuntungan, keuntungan yang besar.

Jadi itulah sebabnya kita tidak menyerahkan kepada Petronas ataupun Khazanah Nasional sebab kita mahu memberikan perkhidmatan kepada rakyat terutama sekali daripada Kelantan dan juga daripada negeri-negeri yang terlibat dengan penggunaan KTMB.

Jadi saya berharap Yang Berhormat berpuas hati. Namun demikian, tindakan-tindakan yang telah pun diambil oleh KTMB seperti menambah koc-koc yang telah pun uzur, yang sedang diperbaiki dan saya telah jawab di Dewan yang mulia ini pada bulan yang lepas bahawa ada sepuluh koc baru yang akan tiba pada penghujung tahun 2010.

Ini juga akan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat khususnya di negeri Kelantan. Selain daripada itu, saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pembinaan stesen-stesen baru…

Beberapa Ahli: [Bangun]Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ini mahu dengar atau tidak?Tuan Yang di-Pertua: Saya dengar Yang Berhormat.Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ya, tetapi ada yang semacam…Tuan Yang di-Pertua: Ya, memang begitu Yang Berhormat. [Ketawa]

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Pembinaan stesen-stesen yang baru yang dikatakan pada satu ketika bahawa ia berbentuk ‘kandang kambing’ ataupun ‘kandang ayam’ kalau tidak silap saya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada Kelantan dan yang terlibat dalam perjalanan KTMB, kita telah membina dua puluh enam stesen baru yang akan siap tidak berapa lama lagi. [Tepuk] Jadi ini satu lagi penambahbaikan yang ada dilakukan oleh KTMB.
Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai dengan kerugian KTMB, nampaknya setiap tahun menurun. Bukan seperti lima tahun yang lepas. Jadi ini ada peluang untuk kita memperoleh keuntungan. Sekurang-kurangnya kita akan mendapat cukup untuk membayar gaji dan juga untuk maintenance kepada operasi KTMB. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Kalabakan tidak ada kereta api Tuan Yang di-Pertua, tetapi Sabah ada kereta api. Kereta api di negeri Sabah adalah yang paling daif dalam negara. [Tepuk]

Seorang Ahli: Dalam dunia!Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Kita harap, jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sejumlah RM230 juta itu menjadi kenyataan. Jangan janji tinggal janji kerana tidak ada di dalam anggaran. [Disampuk]
Jadi Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab. Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua…Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa dia?

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: …Bilakah taraf kereta api di Negeri Sabah ini dinaik taraf dia kerana ia satu kereta api yang saya katakan yang paling daif dalam negara? Bila? RM232 juta yang disebut Timbalan Menteri itu tadi bila kita mahu mula RM232 juta ini?

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua sebagai wakil daripada Sabah tidak dinafikan bahawa peruntukan sebanyak RM232 juta telah pun dibelanjakan untuk menaik taraf rel kereta api daripada Tanjong Aru ke Tenom.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tidak nampak Tuan Yang di-Pertua. Tidak nampak.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Kerja-kerja telah pun siap.Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Kita dari Sabah tidak nampak. Jadi mana itu wang.Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya pun tidak nampak Tuan Yang di-Pertua.Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Yang Berhormat Kinabatangan bukan nampak dia bukan pergi Beaufort.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya pergi, saya tidak nampak pun peruntukan itu turun. [Dewan riuh]Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya sokong Yang Berhormat Kalabakan.Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Saya pergi, saya pergi. [Dewan riuh]

Tuan Haji Roslan Shaharum [Bikit Gantang]: Jawab. Jawab Timbalan Menteri. Jawab.Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: …Kerana isteri orang Beaufort.Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: [Bangun].Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua, wakil dari Kalabakan dia pergi Beaufort setahun sekali hari raya saja. [Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak ada Tuan Yang di-Pertua, betul. Bunyi kereta api pun kedebuk, kedebuk , kedebuk. Mana ada. [Ketawa] Kalau di Taiwan tidak ada bunyi Tuan Yang di-Pertua. Dia bullet train. RM232 juta saya ingat cukup untuk bina bullet train. Di Taiwan tidak ada bunyi 300 km 400 km satu jam saja. Menderita rakyat kita.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua, dakwaan daripada Kinabatangan dan Kalabakan adalah tidak benar. [Dewan riuh] Dia hanya untuk…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bagi tubuhkan Jawatankuasa Parlimen untuk siasat.Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Setuju. Setuju.Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Setuju. Semua setuju.Tuan Haji Roslan Shaharum [Bukit Gantang]: Yang Berhormat Bukit Gantang setuju.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri bohong.Tuan Yang di-Pertua: Ya lah, teruskan.Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua, saya ulangi bahawa persoalan yang dikemukakan Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Kalabakan adalah tidak benar. Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini 70% menaikkan taraf rel daripada Tanjong Aru ke Tenom telah pun siap. Membina stesen-stesen baru.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat bukan begitu caranya.

Beberapa Ahli: [Menyampuk].Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Ini Putatan pun stesen dia sudah siap. Apa dia mahu tanya lagi.Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Putatan, duduk Yang Berhormat Putatan. Ini bukan berbahas oleh Yang Berhormat. Ini sesi soal jawab. Sila Menteri.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Bukan saja menaikkan taraf rel yang ada sekarangTuan Yang di-Pertua tetapi kita juga telah membina, membaik pulih, membesarkan stesen-stesen seperti di Tanjong Aru, di Putatan, Kinarut, Kimanis, Membakut, Beaufort dan Rayu dan Tenom, semuanya telah siap. Hanya sekarang menunggu rel di antara pembaikan di antara Beaufort dengan Rayu sebab kawasan ini adalah kawasan yang berhampiran dengan sungai dan juga di sebelahnya bukit selalu runtuh. Jadi pihak Keretapi Negeri Sabah sedang mengkaji cara mana hendak menyelesaikan masalah tanah runtuh, itu sahaja.

Jadi sepatutnya tren ini boleh kita mulakan perjalanannya daripada Tanjong Maru ke Beaufort dan juga Tenom seawal tahun depan. Akan tetapi oleh kerana disebabkan masalah runtuh maka itu sebabnya jalan raya tren ini tidak boleh beroperasi dalam tempoh yang ditetapkan.

Saya juga maklumkan Tuan Yang di-Pertua bahawa kerajaan juga telah memberikan pinjaman RM54 juta kepada KNS untuk membeli gerabak-gerabak yang baru, tren-tren yang baru. Jadi dakwaan seperti itu adalah tidak benar. Sedikit masa lagi mereka akan lihat bahawa dua atau pun tiga tren-tren yang baru akan dibeli oleh KNS Negeri Sabah. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment