Monday, January 12, 2009

Anggota Parlimen sokong usul kecam Israel

Apalah nasib kanak-kanak ini.


12 Jan. — Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini mengetepikan agenda politik masing-masing bagi menyokong usul mengecam serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Tahun 2009 kita rasa sangat bersedih apabila Israel melakukan serangan di Gaza membunuh rakyat Palestin sejak 27 Disember lalu. Telah masuk hari ke 17 serangan dilakukan. Korban dan kecederaan meningkat setiap Hari. Rakyat Palestin tidak kira pelbagai golongan dibunuh dengan kejam. Apalah nasib kanak-kanak di Palestin. Anda tentu boleh membayangkan bagaimana serangan udara jet pejuang Israel mengenai 130 sasaran, hampir 1000 bedilan sehari, bekalan makanan meruncing dan bekalan elektrik terputus.
Kerajaan Malaysia mendesak agar PBB dan Amerika mengambil tindakan bagi menghentikan kekejaman. Rakyat Malaysia sangat prihatin. pelbagai program diadakan membantu. Hari ini 12 Januari 2009 Parlimen Malaysia te;ah mengadakan Persidangan Khas Parlimen bagi membincangkan tindakan yang wajar. Begitulah prihatinnya negara Malaysia sejak dulu kepada mana-mana negara di dunia. Ini memberi iktibar kepada kita semua betapa pentingnya keamanan dan permuafatan antara kaum di negara kita.

No comments:

Post a Comment