Friday, January 2, 2009

Pulihkan segera jalan ke Kampung Montonior

Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa segera membaik pulih kerosakan jalan raya di Kampung Montonior di sini, yang mendap sepanjang kira-kira 100 meter sejak minggu lepas.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, masalah tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan mendapan lebih besar di situ.
Menurutnya, jalan raya itu sudah seminggu tidak boleh digunakan oleh penduduk kampung dan orang luar untuk melakukan urusan harian mereka.

''Saya agak kecewa kerana pihak yang berkaitan mengambil masa terlalu lama untuk membaik pulih kerosakan jalan raya ini. Saya mahu masalah ini diselesaikan segera demi kepentingan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan jalan raya di Kampung Montonior di sini semalam.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, keadaan jalan raya itu adalah sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa penduduk kampung di situ.

Menurutnya, ia merupakan kejadian yang pertama berlaku di kampung berkenaan.
Penduduk Kampung Montonior masih terputus hubungan dengan dunia luar selepas jalan raya ke kampung berkenaan mendap sepanjang kira-kira 100 meter pada minggu lepas.

Kejadian yang berpunca daripada hujan lebat sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan jalan tersebut tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Dalam pada itu, Lajim juga meminta penduduk terutama yang tinggal di lereng bukit dan tanah tinggi sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca tidak menentu pada masa kini.

''Sekarang banyak isu berkaitan tanah runtuh selepas kejadian ngeri di Bukit Antarabangsa pada minggu lepas. Justeru, kita berharap semua pihak akan lebih berhati-hati," ujarnya. Menurutnya, jalan raya itu sudah seminggu tidak boleh digunakan oleh penduduk kampung dan orang luar untuk melakukan urusan harian mereka.

''Saya agak kecewa kerana pihak yang berkaitan mengambil masa terlalu lama untuk membaik pulih kerosakan jalan raya ini. Saya mahu masalah ini diselesaikan segera demi kepentingan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan jalan raya di Kampung Montonior di sini semalam.

Dalam pada itu, Lajim juga meminta penduduk terutama yang tinggal di lereng bukit dan tanah tinggi sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca tidak menentu pada masa kini.

''Sekarang banyak isu berkaitan tanah runtuh selepas kejadian ngeri di Bukit Antarabangsa pada minggu lepas. Justeru, kita berharap semua pihak akan lebih berhati-hati," ujarnya. Menurutnya, jalan raya itu sudah seminggu tidak boleh digunakan oleh penduduk kampung dan orang luar untuk melakukan urusan harian mereka.

''Saya agak kecewa kerana pihak yang berkaitan mengambil masa terlalu lama untuk membaik pulih kerosakan jalan raya ini. Saya mahu masalah ini diselesaikan segera demi kepentingan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan jalan raya di Kampung Montonior di sini semalam.

No comments:

Post a Comment