Sunday, January 4, 2009

Barack Hussein Obama membisu mengenai Palestin

Harapan terlalu tinggi buat Obama. Pujian-pujian yang sekian lama ini terhadap Obama tentu bakal diuji apabila beliau akan memegang jawatan Presiden Amerika. Barack Obama yang menghitung hari untuk memulakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), mengambil sikap membisu terhadap konflik terbaru membabitkan kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin.




Pegawai dalam peralihan kuasa baru itu hanya mengulas bahawa Obama akan terus memantau situasi di Gaza, konflik yang setakat ini meragut lebih 460 nyawa itu.“Perkara-perkara global di pantau terus oleh Obama dengan teliti, terutama situasi serangan Israel di Gaza,” kata jurucakap Jabatan Keselamatan Negara, Brooke Anderson.Katanya, Obama dan pasukannya menghormati prinsip “hanya ada seorang Presiden AS pada satu-satu masa”.

Sementara itu, penasihat kanan Obama, David Axelrod berkata, barisan pentadbiran baru sangat komited kepada usaha mewujudkan damai Asia Barat.

Sambil kita menunggu Obama berkuasa kematian dan kemusanahan Israel semakin meningkat.
sama-sama kita berdoa keselamatan rakyat Palestin dan umat Islam di Dunia.

3 comments:

  1. Salam hormat DSPlajim...
    Impian dunia bergayut pada seluruh tubuh Obama..
    Terlalu banyak andaian yang kedengaran namun kebenarannya hany Barack Obama yang tahu..
    Apa yang tersirat disebalik pentadbiran kerajaan Amerika,hanya mereka yang tahu...
    Cuma 1 yang saya tak akan lupa sampai bila2.. adakah SUMPAHAN keatas jawatan Presiden Amerika akan berakhir?

    ReplyDelete
  2. US hanya boneka...Presiden hanya public figure. yang berkuasa adalah kumpulan Zionis.Dari dulu sampai sekarang dan akan datang,hakikat ini tak akan berubah dan tak akan pernah berubah..

    Kalau US langgar perintah,US HANCURRRRR....

    ReplyDelete