Saturday, January 3, 2009

Tahniah! Khairuddin Dilantik CEO Baru Puspakom

Khairuddin bin Dato' Hj Yusoff telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Sdn Bhd berkuat kuasa 1 Januari.Khairuddin yang mempunyai pengalaman luas di dalam industri automotif, telah menjawat beberapa jawatan kanan di dalam bidang perakaunan dan kewangan semasa kerjaya di dalam industri automotif, demikian menurut Puspakom di dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Sebelum menyertai Puspakom, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah HICOM-Teck See Manufacturing Sdn Bhd sejak Disember 1997.
Puspakom turut memberi penghargaan terhadap Datuk Salamat Wahit di atas sumbangan dan perkhidmatan cemerlang semasa bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, sejak 1994.Salamat yang telah mengemudikan Puspakom sejak penubuhannya untuk menjadi sebuah pusat institusi pemeriksaan kenderaan, telah dilantik sebagai Ketua Institusi Perhubungan dan Pembangunan Perniagaan di pejabat korporat befrkuat kuasa 1 Januari.Selain itu, Salamat akan turut mengawasi perhubungan dengan pihak luar dengan memberi focus ke atas kerajaan serta pembinaan perhubungan institusi.

No comments:

Post a Comment