Saturday, January 17, 2009

Cadangan hentikan perjalanan bas ekspres tengah malam

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji cadangan untuk memberhentikan semua perjalanan bas ekspres pada waktu tengah malam kerana dibimbangi ia boleh menyebabkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

Menterinya Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau membuat saranan itu selepas kajian yang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros) mendapati seseorang pemandu akan mengalami keletihan pada waktu malam walaupun mendapat rehat secukupnya pada siang hari. - Bernama
Jika cadangan ini akan dibuat, tidak bermakna ia bertujuan untuk menyusahkan dan menyekat pendapatan syarikat atau pemandu. Ia demi kebaikan mereka juga. Kajian Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros) jelas menunjukkan bahawa keletihan sering kali mengundang padah. Malang tidak berbau. Jangan baru terhantuk, baru tengadah. Dah kena barulah kita menyesali apa yang berlaku. Memang kadangkala keputusan yang dibuat tidak mudah dilaksanakan.tapi kita memikirkan jangka panjang. Rakyat kita masih perlu dididik. Insyaallah kita sentiasa berusaha melalui pelbagai cara.
semasa miros membuat kajian mengenai pemakaian tali pinggang belakang, seramai 300 kematian berlaku setiap tahun kerana tidak memakai tali pinggang belakang. Ini jelas peraturan pemakaian tali pinggang belakang bukan berniat menyusahkan tetapi untuk kebaikan rakyat. sayangilah anak dan keluarga kita. Berapalah sangat harga pemasangan tali pinggang itu berbanding dengan nyawa anak dan keluarga kita.

No comments:

Post a Comment