Konsep "Rumah Sejahtera, Rakyat Bahagia" merentasi setiap lapisan sosio-ekonomi rakyat. Walaubagaimanapun menyedari bahawa golongan berpendapatan rendah, golongan setinggan dan sebagainya menuntut perhatian yang lebih dari kerajaan, fokus kerajaan lebih bertumpu kepada penyediaan perumahan terhadap golongan ini. Di bawah KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara, kerajaan telah membelanjakan lebih dari RM 4 bilion ringgit sepanjang RMK8-RMK9 bagi menyediakan 55, 608 ribu unit rumah di bawah program perumahan rakyat di seluruh negara. Komitmen Kerajaan tersebut tidak lain dan tidak bukan semata-mata bagi menyediakan kemudahan perumahan yang selesa dan sempurna bagi mensejahterakan sebahagian dari kumpulan masyarakat yang agak terhad kemampunnya untuk memiliki sebuah rumah yang selesa. Program ini akan diteruskan dan dipertingkatkan keberkesanannya dalam RMK10
No comments:
Post a Comment