Sunday, November 22, 2009

RM60 juta membina Jambatan Sitompok Kuala Penyu Sabah


Dengan terbina jambatan baru dijangka ia akan meningkatkan sosioekonomi Pekan Kuala Penyu yang akan menghubungkan Kuala Penyu, Menumbok terus ke Ibu Kota Negaei Kota Kinabalu, Sabah


Alhamdulilah sangat bersyukur sejak sekian lama akhirnya Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM60 Juta bagi membina Jambatan Sungai Sitompok Kuala Penyu Sabah. Rakyat di kawasan saya Parlimen P.177 Beaufort sangat menghargai usaha kerajaan ini. Terima Kasih kepada YAB Perdana Menteri yang meluluskan projek ini. Apa yang saya sampaikan kepada YAB PM telah mendapat perhatian dan keutamaan.

Saturday, November 21, 2009

Nafas Baru

Blog ini sedang dalam pengemaskinian semula. Insyaallah blog ini akan kembali seperti sediakala.

Saturday, March 7, 2009

Teliti semula bina jambatan Labuan-Sabah - PM

LABUAN 5 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) meneliti semula cadangan pembinaan jambatan menghubungkan pulau ini dengan Sabah supaya ia diberi keutamaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi perhatian cadangan jambatan yang dianggarkan sepanjang 17 kilometer dengan kos kira-kira RM550 juta itu dan telah tertangguh sejak 1997.
Katanya, pembinaan jambatan itu bukan sahaja penting bagi kemudahan penduduk di sini malah akan merancakkan lagi pembangunan di pulau bebas cukai itu.

"Saya berharap ini akan menjadi kenyataan. Mungkin tidak dapat serta merta tetapi saya mengharapkan satu pendekatan yang baik dapat dicari untuk kemajuan Labuan sekali gus meningkatkan nilai tambah kepada hab halal yang diwujudkan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak projek Hab Pengedaran Halal Wilayah Persekutuan Labuan di Kiansam di sini hari ini.
Tahun lalu, Zulhasnan memberitahu kerajaan telah melantik Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalankan kajian mengenai keperluan jambatan bagi menghubungkan pulau ini dengan Menumbok di Sabah.

Kajian tersebut meliputi kesan baik dan buruk pembinaan jambatan itu dari pelbagai sudut.
Pada masa ini, Labuan dihubungkan menerusi pengangkutan air dan udara ke Sabah.

Sementara itu, mengenai pembangunan di pulau berkenaan, Abdullah berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memastikan Labuan bukan sahaja dikenali sebagai pusat kewangan pesisir pantai antarabangsa tetapi pulau pelancongan yang menawarkan produk-produk berkualiti.

Katanya, pulau tersebut berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan.

Beliau menambah, selain pihak berkuasa, penduduk tempatan juga mempunyai peranan untuk menjadikan Labuan destinasi pelancongan utama di rantau ini.

''Semuanya bergantung kepada kita. Penduduk perlu menunjukkan budi pekerti yang baik, mesra kepada pelawat dan paling penting sentiasa bersama-sama menjaga kebersihan pulau ini," katanya.
NOTA:
Tentulah saya lebih gembira kerana jambatan ini akan menghubungkan Menumbok (sebuah daerah dalam parlimen beaufort) ke labuan. Bagi saya sebagai ahli Parlimen Beaufort jambatan ini sangat perlu untuk Sabah. semoga EPU dapat menilai semula pembinaannya.

Sunday, February 8, 2009

Masuk PR tak pa demokrasi, masuk BN ini tidak demokrasi-senjata makan tuan

Begitu tertekan nampaknya pakatan rakyat. Nizar mohon derhaka kepada Sultan tidak mahu melepaskan jawatan. biasalah. Nizar, permulaan memang begitu lama-lama nizar akan akur dan faham juga. Masanya telah tamat maka orang baru pula yang akan meneruskan kepimpinan.

Mari imbas kenyataan PR yang dulu-dulu

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa kuasa hari ini. Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.


Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.


Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.


“Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak,” katanya.


Perhatikan pula laporan ini.


Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini

PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini


Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.


"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.


"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya


Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.


Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.



Sekarang apa yang berlaku 16 September sudah bertukar menjadi 6 Februari satu kerajaan telah tumbang.

TERBARU YANG MESTI DIBACA


Karpal desak Anwar letak jawatan ketua Pakatan
Feb 8, 09 4:56pm

Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut.

Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat, menurut The Star.Ekoran itu, Anwar telah dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Dua minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar dari Umno, tetapi kembali semula ke pangkuan parti itu.Selain itu, dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) telah keluar parti dan menjadi parti bebas bersama dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong.Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 28, sama dengan jumlah kerusi BN (28) dan tiga kerusi bebas.

Ketiga-tiga Adun bebas tersebut telah menyatakan sokongan kepada BN untuk membolehkan gabungan tersebut mendapat sokongan 31 Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak

DIMANA LAGI SELEPAS INI? KEDAH? SELANGOR? PENANG ?

Thursday, February 5, 2009

Kalah 2 pilihan raya kecil, Menang satu negeri

Akhirnya apa yang dikatakan PKR Sebagai strategi lompat parti untuk menawan negara memakan diri sendiri.




Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka hari ini.Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.


Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri


Mengulas isu moral melompat parti, betullah kata TPM "Kita tidak mulakan, siapa yang bercakap pada 16 September".


Hormatilah keputusan Sultan Perak.

Kenyataan penuh Sultan Perak

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yangditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL
RIDZUAN

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan. Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.
Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.
YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMMPaduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Saturday, January 17, 2009

TPM: BN terima keputusan rakyat


Barisan Nasional (BN) menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi Parlimen Kuala Terengganu yang memilih calon PAS dalam pilihanraya kecil hari ini, kata Timbalan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi. Dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat," kata beliau yang juga pengarah pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu."Kita mesti percaya kepada demokrasi dan kita harus akur dengan keputusan rakyat. Kita akan ambil iktibar dan akan terus berkhidmat kerada rakyat,"
Menurutnya, BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk mengembalikan imej parti supaya dapat memberi keyakinan kepada rakyat."Saya yakin kesudahannya rakyat akan yakin kepada BN."
."Kita ambil keputusan ini untuk menentukan hala tuju Umno dan BN."Adalah terlalu awal untuk menentukan faktor-faktor kekalahan ini. Sampai masanya, kita akan akan tahu faktornya,"
"Ini piliharaya kecil, walaupun kita kalah dahulu, tetapi akhirnya kita akan berjaya."Saya tak fikir ini akan beri kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang," tegasnya.
Nota:
Saya yakin kita akan dapat kembalikan keyakinan rakyat nanti. Kita perlu bkerja keras selepas ini.

Cadangan hentikan perjalanan bas ekspres tengah malam

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji cadangan untuk memberhentikan semua perjalanan bas ekspres pada waktu tengah malam kerana dibimbangi ia boleh menyebabkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

Menterinya Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau membuat saranan itu selepas kajian yang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros) mendapati seseorang pemandu akan mengalami keletihan pada waktu malam walaupun mendapat rehat secukupnya pada siang hari. - Bernama
Jika cadangan ini akan dibuat, tidak bermakna ia bertujuan untuk menyusahkan dan menyekat pendapatan syarikat atau pemandu. Ia demi kebaikan mereka juga. Kajian Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros) jelas menunjukkan bahawa keletihan sering kali mengundang padah. Malang tidak berbau. Jangan baru terhantuk, baru tengadah. Dah kena barulah kita menyesali apa yang berlaku. Memang kadangkala keputusan yang dibuat tidak mudah dilaksanakan.tapi kita memikirkan jangka panjang. Rakyat kita masih perlu dididik. Insyaallah kita sentiasa berusaha melalui pelbagai cara.
semasa miros membuat kajian mengenai pemakaian tali pinggang belakang, seramai 300 kematian berlaku setiap tahun kerana tidak memakai tali pinggang belakang. Ini jelas peraturan pemakaian tali pinggang belakang bukan berniat menyusahkan tetapi untuk kebaikan rakyat. sayangilah anak dan keluarga kita. Berapalah sangat harga pemasangan tali pinggang itu berbanding dengan nyawa anak dan keluarga kita.